Tuesday, November 6, 2007

Hari hari aku....

Aku tulis nih sebab ramai sangat orang dok gerak aku... sebelum ni aku macam tak dak mood saja nak beradap intenet... mana taknya kerje dalam ngan kerja luar bertimbun...baru2 nih aku memang habihkan betul cuti raya aku... walaupun hanya 3 hari, aku tetap tak lepaskan peluang cuti aku. bila aku start saja ngaji tup tup... jadual periksa keluar... alamak....tak sempat nak berhappy...baru ngaji 2 bulan dah nak peksa...apa boleh buat ikut saja laaaa.
-
Pagi tadi aku bangun tidur nak baca buku... kawan aku bagi tau Syeikh Sodiq Habannakah meninggal...Syeikh seorang syeikh besar yang terkenal di syria. aku tak penah tengok karangan beliau. tapi apa yang aku tengok dia telah mengeluarkan syeikh2 yang besar2 di syria.. kebanyakan anak2 murid beliau banyak yang mengarang kitab dan terkenal..
-
Petang tadi aku memang kagum....solat jenazah beliau dihadiri oleh ramai syeikh yang memang dikagumi. solat jenazah tadi juga bagaikan tempat perhimpunan bagi ulama'. aku kagum dengan beliau...
semoga Allah menjadikanaku sebahagian darinya.....

Sunday, September 30, 2007

Tidur dan kadang-kadang Tertidur.........

Awal bulan september bebaru ni aku dapat tahu Maahad aku di Syria akan start mengaji. Bermakna aku akan mula pengajian aku dalam bulan ramadhan. Bagi aku bulan ramadhan kali ini lebih mencabar dari ramadhan yang lepas2 semasa aku di syria.
Sudah tiga kali aku berpuasa di syria dalam musim sejuk cuma.... ini kali pertama aku berpuasa dalam musim yang siangnya panas dan waktu malamnya sejuk skit... Kalau dulu waktu musim sejuk, aku sahur pukul 5 pagi dan aku berbuka lebih kurang 4.30 @ 5 petang(waktu tu dah masuk maghrib). Tapi kali ni aku berpuasa standard Malaysia sahur pukul 4.30 pagi berbuka 7.15 lebih kurang... (skarang nih awal skit). Jadi letih tu brtambah skit.
Aku baru lepas menghabiskan percutian aku selama 3 bulan pastu aku sambung semula pengajian aku setelah lama bercuti. Cuma aku nak biasakan diri aku dengan pengajian formal aku yang tetiap hari wajib hadir menjadikan badan aku nih berat sikit bercampur malas. Setiap hari aku pergi kelas aku tak boleh nak tumpukan sepenuhnya pada pengajian aku. Mula2 aku tumpu ...tumpu...dan tumpu. Lepas tu mata aku diselaputi oleh satu selaput yang hitam menyebabkan aku tak nampak apa apa. Selepas itu aku rasa macam ada benda yang mengkarate leher aku secara lembut. Lalu aku pengsan.... dengan mimpi yang sekejap seronok sekejap tak brapa best. Kadang kadang aku terkejut menyebabkan satu kelas tertumpu pada aku. Baru aku tahu aku tetidur...
Dalam minggu ni saja sudah brapa kali aku kena tegur pasal tidur dengan pensyarah aku. Masalahnya aku tengah tumpu waktu dia mengajar ntah bila aku pun tak sedar waktu bila aku tertidur... Kadang-kadang pelajar lain sedang baca kitab depan pensyarah bila nampak aku tengah tidur saja terus dia petik aku suruh baca.... gelabah biawak laaa aku cari muka surat.
Yang aku respeknya mereka ni tak marah, mungkin sudah besar kot... aku hanya kena perli skit2 jaaaa sambil kena gelak ngan bebudak lain. Tak paaaa ni hari hang paaaaa ....
***
Insya Allah malam ni aku nak pegi rumah member aku katanya ada orang baru sampai. Nampak gaya lepas subuh esoklaaa aku balik rumah. Nak sembang2 lagi... hahahahha
Patutlaaa dalam kelas asyik tertidur. Tapi Insya Allah lepas raya nanti aku nak belajar sungguh2. tahun depan nak balik dah...
kawan-kawan doakan aku......

Thursday, September 13, 2007

RAMADHAN........

Permulaannya RAHMAH..........

Pertengahannya KEAMPUNAN..........
Akhirnya Terlepas dari Api NERAKA
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM




Tuesday, September 4, 2007

Story Malam Merdeka Yang Jadi Tak Best.....

Malam 31 Ogos, kami warganegara Malaysia di Syria dijemput ke majlis sambutan Merdeka di dewan Universiti Damascus.

Kami suma yang hadir diberi bendera Malaysia setiap sorang untuk kibar2 la waktu nyanyian Malaysiaku Gemilang.

Bila habis tu kami balikla ramai2 sambil gantung pegang jalur gemilang, yang tak bestnya bila terserempak ngan mamat-mamat arab yang kebanyakannya tak ada pengetahuan am ni di sepanjang jalan. Mereka kata kami ni penyokong Amerika..... mereka ingat kami bawa bendera Amerika la...

Tapi kami buat tak tau saja takut jadi benda yang tak best malam tu..... lagi pun orang2 sini memang anti gila Amerika. Jadi malam tu kami balik rumah ngan muka tebal skit sebab sepanjang perjalanan kami dikutuk sebab mereka tuduh kami bawa bendera Amerika.... hampeh punya arab..... bendera malaysia pun tak penah tengok ka.....

Wednesday, August 1, 2007

CATATAN DIARIKU 2 : Satu Malam Yang Sepi......

Ingat aku dulu satu malam di sekolah aku dulu waktu aku sekolah Menengah. Aku tidur dalam bilik, tapi tak boleh blah laaaaa sebab bilik aku berubah menjadi panas. Aku kipas sana sini di setiap sudut yang boleh aku kipas lepas tu panas balik.
Aku ingat nak kena ubah tempat tidur laaaaa. Aku pikir2 balik di surau adalah tempat yang sesuai. Kat situ pun ramai juga yang pegi tidur cz di situlaaa satu2nya tempat yang ada kipas. Aku tengok member2 aku pun ramai ada jugak. Aku pun terus pegi landing kat sebelah depa. Aku tengok adalaa bebudak lain sama yang turut tidur kat situ.
Aku pun tidor laaa dengan nyenyak.... tiba-tiba aku terjaga. Aku pusing kanan aku pusing kiri, aku dapat lihat wajah member2 aku yang kurang smart ketika tidur. Aku angkat kepala pula kasi hilang sikit lenguh. Tiba-tiba aku ternampak............. aku ternampak satu lembaga berkain putih tinggi lebih kurang 2 meter lebih sikit sambil bergoyang-goyang. Aku jadi kaku sekejap... biar betui apa yang aku nampak. Sebagai seorang hero aku tak boleh menjerit, aku kena rileks ....tapi mata aku tetap tidak berkelip.
Dari putaran kipas yang membawa angin deras seolah-olah menakutkan suasana di samping kain putih itu kelihatan bergerak laju mengikut alunan angin. Aku sempat membaca ayat apa2 yang patut. Tidak lama selepas itu kain putih itu pun jatuh............. aisemen ...........
Sekali orang laaaa. Mamat ni dia baru bangkit dari tidor. Dia bangun berdiri sambil mengeliat mangangkat tangan ke atas. Yang tak tahannya dia mengangkat tangan ke atas sambil memegang selimut dia yang berwarna putih. Hampeh betul mamat ni...
Apa pun nasib baik aku tak menjerit ketakutan. kalau tidak jatuh lah air muka aku sebagai lelaki sejati....hehehehehe
Nota 555 : rasa2 lama tak menghapdet blog. Biasalaaaa sibuk musim panas ..........

Thursday, July 5, 2007

Pengumuman Penting!!!!!

Bila aku habis saja periksa dulu aku rasa aku ni macam perdana menteri, banyak wartawan yang datang kat aku menemuramah aku. Mereka tanya aku macam na ngan periksa aku.
Duduk 2 - 3 hari reyuh satu damsyik kata aku tak lulus periksa. Ni semua bang gugar punya pasal dia canang kat orang ramai kata aku akan duduk sekelas ngan dia tahun depan. Dia kelas bawah aku setahun. Lagi pun waktu periksa dulu memang aku banyak merungut pun kata tak leh jawab periksa.
Masa aku turun main bola ada yang datang jumpa aku nak memastikan kata aku betul2 tak dapat naik tahun.... Aku pun kelentong diorang kata aku kantoi dalam exam. Ramai juga laaaa yang simpati dan tak kurang juga ramai yang kutuk. Yang kutuk ni kebanyakannya aku rasa cam nak bunuh saja dorang nih. Padahal aku sendiri pun tak tahu aku lulus ka tidak. Dorang ni plak lebih2.
Bila aku rilekskan badan aku get ready nak tido tu.... aku mula la terpikir. Ish macamna kalau betul2 aku tak lulus .... x kan nak kena ulang tahun lagi. Lagi pun ramai orang dah ingat aku dah kantoi... Macam satu doa pula bila orang jumpa aku diorang kata aku tak lulus peksa.
Esok aku kena amik keptusan nak tengok camna.....
Bila sampai saja kat maahad aku, aku terus ke bilik pengetua sambil mengontrol hensem. Bang gugar tunggu aku kat luar. tak lama aku kuar sambil tersenyum....
haha... tahun depan aku akan berubah segalanya.... meja aku akan berubah, kerusi aku akan berubah, kelas aku juga akan berubah.
Ermmm biarlaaaa orang kata aku tak lulus. Keputusannya tunggu pada semester depan........

Wednesday, June 27, 2007

Kuasaku tak setanding Kuasamu....

Sudah lama aku rasa tak update aku punya blog. Lebih kurang sebulan lebih jugaaaa. Bukan setakat tu saja... aku juga baru berpeluang nak melayar internet. Nak kata tak dak masa ada... tapi aku rasa masa aku sempit.
Sebelum aku habis exam, banyak perancangan aku buat samada perancangan persendirian ataupun perkongsian. Bila habis saja exam kebanyakan perancangan aku banyak tertangguh. Bukan sebab aku ni kuat tidur sampai tak sempat nak laksanakan perancangan aku tapi tiba2 perancangan telah berubah kepada kerja lain.
Bila aku pikir2 balik biarlaa banyak mana pun perancangan dan persediaan tapi kalau Allah kata tak jadi, tetap tak jadi. Dia ada kuasa....... aku apa ada..... makan pun nak kena cariiii.
Tapi Alhamdulillah laaaa walaupun perancangan aku telah berubah kepada kerja lain rupa-rupanya kerja lain yang aku buat ni lebih memberi keuntungan kepada aku dalam banyak segi...
dari segi rezeki, pengetahuan dan kehidupan aku...
Aku kenangkan kembali apa yang telah guru aku katakan pada kami dalam kelas dulu.
"Kita ada Tuhan, Dia yang jadikan kita. Mintalah pertolongan dari Dia. Sesiapa yang mengingati Allah waktu dia lapang, Allah akan mengingati dia waktu dia susah.