Wednesday, May 30, 2007

CATATAN DIARIKU 1 : Misteri padang bola...???

Aku ingat time aku form 5, waktu tu sekolah aku nak buat pemilihan pemain bola sepak sekolah. Aku pegila join sekali... ikut member aku cz dia pandai main. Waktu kami main tu cuaca hujan skit, jadi padang berlumpur laaa sikit.
Waktu main tu... member aku kena tekel ngan orang. Aku tengok dia jatuh tergolek... lepas tu
orang bawak dia keluar dari padang. Aku tengok jari kaki dia patah, lepas tu ada orang bawak dia pi jumpa tok bomoh patah.... boleh kata terkenal gak la bomoh ni di kawasan tu.
Aku tunggu dia kat asrama aku ngan kawan2 aku yang lain. Tak lama lepas tu dia balik ngan kaki tempang bersama kawan yang bawak dia pi jumpa bomoh.
Aku tanya dia. "Kaki hang macam mana lani ok dah kaaa"
Dia jawab."Ok apa... tok bomoh tu mana urut aku pun....'
Aku tanya dia lagi. "Pasai paa.."
Kawan dia jawab. "Tok bomoh tu kata padang tu ada 'benda'....benda tu laaa ni dok kat kaki dia, tok bomoh tu tak mampu nak buang... kena pi buang dulu benda tu dulu pastu baru boleh urut kat dia."
Aku tertanya-tanya. " Takkan padang tu ada penunggu..."
Member aku menjawab sambil marah. "Ceh dah tok bomoh tak reti buat... dia bagi laaa alasan apa2".
Aku pun pergi kat member aku nak tengok jari kaki dia yang patah. Tanpa aku tunggu, aku terus maki dia dengan perkataan yang boleh dimaafkan.
"***** hang... macam mana tok bomoh tu tak mau urut hang..."
"pasaipa...."
"hang tengok laaaa kaki hang penuh ngan lumpur, selut, macam mana dia tak mau... patut laaa dia suruh hang pi buang dulu benda tu sebelum hang pi urut kat dia..."
huh... member aku ni kompius macamna dia boleh terlupaaa nak basuh kaki sebelum jumpa tok bomoh tu... hheheheh
:: nota 555 : Member aku tak terpilih jadi pemain bola sepak pasai jari kaki dia tapi dia terpilih dalam permain sepak takraw

Monday, May 21, 2007

Kawanku Lawanku

Petang tadi aku baru balik. Walaupun mata ada sikit lebam... aku duduk berehat lepas penat gila. Aku baru balik dari lawan dengan lawan aku yang paling besar. Bagi aku, aku tak tau siapa yang menang, dia atau aku.....
******
2 - 3 hari sebelum ni bang gugar ada mai ketuk pintu banglo aku, katanya nak ajak keluar buat kerja sikit. Dengan mentah aku menolak cz aku nak kena jumpa lawan aku nanti, terpaksala aku menolak pelawaan bang gugar. aku nak kena training dulu sblm jumpa dia..
******
Aku pun tak tau, selama setahun aku menjadi kawan kepada dia.... tapi hanya dengan dua minggu kami menjadi lawan. Sekarangdua minggu telah berlalu, aku sudah lari dari menjadi lawan kepada dia setelah aku dan dia menjadi lawan. Aku fikir sekarang adalah masa untuk aku dan dia berkawan semula.
******
Uhhh... sekarang 22 mei... aku dah abis peksa.... Aku dah buat segala planing musim panas aku dalam masa ni aku akan berkawan semula dengan dia.
Terima kasih kepada semua Guru-guru aku.... dari kecik sampai karang nih..
Nota 555 ::> Lawan tak semestinya musuh beb.
Bang Gugar hang jangan seronok lagi... tunggu naik kelas nanti baru seronok..hehe

Saturday, May 12, 2007

Sumbangan Berjenama

Pernah dulu sekali aku ikut satu ceramah. Dia cerita tentang sumbangan masyarakat Malaysia kepada negara dan juga bangsa :
Masyarakat cina walaupun berlainan fahaman politik, tetapi sekiranya terdapat beberapa perkara yang bersangkutan dengan masyarakat mereka seperti menuntut sesuatu, mereka semua akan bersatu menuntut hak mereka.
Anak-anak mereka banyak memberi sumbangan kepada bangsa mereka dan Negara di dalam kecermelangan akademik.
Masyarakat India, walaupun sejarah mereka hidup di ladang-ladang tetapi sekarang mereka telah membangun. Bukan saja mampu mengharumkan negara dengan kecermelangan akademik malah mereka memberi sumbangan kepada negara dengan bakal kelahiran Universiti Kedoktoran terbesar di rantau Asia tenggara.
Kedua -dua bangsa ini juga memberikan sumbangan kepada negara dengan statistik terendah didalam pusat serenti dan mengisinya di Universiti.
Sumbangan masyarakat Melayu kepada bangsa dan negara juga tidak dapat dinafikan. Boleh kita lihat dalam pelbagai bidang bangsa Melayu ada. Tetapi sumbangan terbesar orang melayu kepada negara adalah .....SUMBANG MAHRAM...
:: Nota 555 : Bang Gugar jangan perasan plak coz banyak sangat bunyi bang... hehehe