Wednesday, June 27, 2007

Kuasaku tak setanding Kuasamu....

Sudah lama aku rasa tak update aku punya blog. Lebih kurang sebulan lebih jugaaaa. Bukan setakat tu saja... aku juga baru berpeluang nak melayar internet. Nak kata tak dak masa ada... tapi aku rasa masa aku sempit.
Sebelum aku habis exam, banyak perancangan aku buat samada perancangan persendirian ataupun perkongsian. Bila habis saja exam kebanyakan perancangan aku banyak tertangguh. Bukan sebab aku ni kuat tidur sampai tak sempat nak laksanakan perancangan aku tapi tiba2 perancangan telah berubah kepada kerja lain.
Bila aku pikir2 balik biarlaa banyak mana pun perancangan dan persediaan tapi kalau Allah kata tak jadi, tetap tak jadi. Dia ada kuasa....... aku apa ada..... makan pun nak kena cariiii.
Tapi Alhamdulillah laaaa walaupun perancangan aku telah berubah kepada kerja lain rupa-rupanya kerja lain yang aku buat ni lebih memberi keuntungan kepada aku dalam banyak segi...
dari segi rezeki, pengetahuan dan kehidupan aku...
Aku kenangkan kembali apa yang telah guru aku katakan pada kami dalam kelas dulu.
"Kita ada Tuhan, Dia yang jadikan kita. Mintalah pertolongan dari Dia. Sesiapa yang mengingati Allah waktu dia lapang, Allah akan mengingati dia waktu dia susah.

Saturday, June 9, 2007

Ingat tak ingat...

Aku ingat masa mula-mula aku sampai ke Syria. Dari Malaysia aku ke Jordan dulu hantar kak aku ke sana. Dia nak buat konvo kat universiti dia. Dari Jordan aku amik teksi ke Syria... bila sampai saja kat Syria kepala aku pening sikit. Kereta punyalaaa banyak dengan bunyi hon lagi..

Aku pun turunlaaa kat stesen teksi dia. Bila berhenti saja teksi... aku tengok orang pakat dok serbu teksi aku... ada yang tolong buka pintu untuk aku. Mula-mula aku rasa best, rasa aku macam artislaaa plak. Pastu perasaan serabut pun datang. Mana taknya.... beg aku ada 3 biji sebiji lepas seberang jalan sebiji lagi ada dalam teksi orang... sebiji lagi mana ntah...

Aku terus kejar beg aku yang sebarang jalan... pastu aku amik beg yang dalam teksi pastu aku cari beg yang satu lagi... Alhamdullillah suma jumpa.

Aku tunggu kawan aku cz dia janji nak amik aku kat situ. Tapi orang2 arab yang kerumun aku tadi tetap tak berganjak. Aku dahlaaa tak reti cakap arab... hanya buat bahasa isyarat saja kata aku tak mau naik teksi depa.

Aku tunggu sat... kawan aku mai. Fuhhhh... lega.... aku cepat2 blah dari tempat tuuu...

Aku pikir2 balik, memang susah nak cari makan nooo. Nak kena berebut pelanggan ngan orang, nak kena cepat... nasib baiklaaa makan minum aku karang ni masih terjamin.