Monday, April 30, 2007

1 Kisah Yang Memang Patut Dijadikan Sempadan

"Aduh kalah lagi..."

"Kalau macam ni punya gaya alamatnya bankrap la aku...", keluh Sulaiman sambil membuat mimik muka nak menangis pun ada nak tergelak pun ada.

Memang dari dulu lagi Sulaiman ni kerja dia suka berjudi. Kalau tak berjudi, dia suka makan. Nilaa dua perkara hobi kesukaan Sulaiman. Tapi sayangnya, dia memang selalu kalah dalam berjudi. Kalau dia menang pun, duit judi tu tak boleh nak simpan. Lepas menang terus pergi lepak mana-mana kedai makan atau restoran belanja member-member dia makan termasuk member-member dia yang kalah judi dengan dia.

Itulaa sampai sekarang umur dah 38 tak kahwin-kahwin lagi, mana taknya duit tak ada. Katanya nak kahwin mestilah kena pakai duit halal mana boleh pakai duit haram. Tapi yang merisaukan mak bapa dia, bukan saja duit halal tak ada... duit haram judi dia pun tak terkumpul.

Tapi macam biasala... kalau sekali dia menang, sepuluh kali dia kalah. Sulaiman ni pula dia punya citarasa bukan main tinggi nak main judi tak main dekat belakang hutan buluh ka dalam rumah buruk ka... dia kalau nak main judi dia akan pergi dekat tempat-tempat yang berlesen atau pun yang bertaraf.

Setelah sekian lamanya dia asyik kalah, dapat pula idea bodoh nak pakai toyol. Kononnya toyol tu boleh tolong dia bagi menanglaa... daripada dosa main judi melarat pula kepada dosa syirik.
Boleh dikatakan setiap perlawanan judi dia akan menang setelah dia menggunakan toyol itu.

Hari demi hari masuk setahun, Sulaiman bertukar corak dan gaya dari selekeh kepada seorang yang bergaya. Tapi sayangnya dia ni kurang hensem sikitlaa. Itulah sebabnya tak ada perempuan yang lekat dekat dia. Kalau setengah orang kaya muka tak hensem pun, tua pula tu... tapi dapat juga anak dara lawa. Kemungkinan besar dia ni memang tak hensem langsung atau pun dengan kata lain muka pecah. Harta kekayaannya memang banyak sungguh.

Selepas dia asyik menang saja judi hinggakan tiada tandingan langsung di tempat dia, datanglah Dato'-dato' yang kaya-kaya memberi pandangan yang tak berapa bernas kepada beliau.

"Sulaiman kami lihat kau ni memang handal berjudi, apakata kalau engkau pergi berjudi di Genting Highland".

"Di sana kalau engkau nak tahu adalah pusat perjudian yang terbesar di Asia Tenggara ni. Ramai orang-orang kaya pergi situ, bukan saja dari Malaysia malah seluruh dunia datang", jelas dato' - dato' tersebut kepada Sulaiman yang sememangya tidak ada pengetahuan am langsung.

"Sekarang ni kami dengar ramai jutawan-jutawan datang sini sempena Tahun Melawat Malaysia, rugi kalau kau tak pergi", tambah mereka lagi seperti nasi tambah RM2.50.

Sulaiman termenung panjang..." Ishhh rugi juga kalau aku tak pergi, aku mesti menang punya. Aku ada toyol, mereka tu apa ada"

"Aku mesti menang punya.... Aku akan bawa semua harta-harta aku ke sana, dapat untung lumayan sukit... hehehehe....", Sulaiman memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Punyalah tamak si Sulaiman ni sampai dia bawa semua harta benda dia yang ada di rumahnya. Macam dia kata tadi, lagi banyak modal dia melabur lagi banyak untung dia dapat. Bersama dengan Sulaiman dua orang pengapit beliau. Tugas mereka berdua ni hanya membawa harta-harta si Sulaiman dan tak lupa juga seekor toyol yang nak bagi dia menang nanti. Di rumahnya sebelum dia berangkat ke Genting Highland, Sulaiman masuk ke dalam bilik lalu terus membuka beg ala-ala James Bond, ada sebiji botol hitam tapi bukan botol kicap. Dia membuka botol itu perlahan-lahan lalu keluar lembaga hijau.
"Hei, kau mesti ingat! malam ni aku mesti menang", Sulaiman memberi pesanan ringkas kepada toyol tersebut.
"No hal bos ni kan kerja aku turun temurun aku tau nak buat macam mana. Janji habuan aku ada", jawab toyol tersebut sambil membuat muka hensem.
"Settt... pukul 9.30 malam aku mau kau keluar dari kereta kita jumpa di kasino".
Mula-mula sampai kat Genting tu perak juga si Sulaiman ni tengok ada bangunan besar atas bukit. Mana taknya dia ni memang kurang berpengetahuan sikit dan nak ambil tahu pun susah.
Bermula jam 9.30 malam dia sudah mula masuk ke kasino itu. Kali pertama dia main baling dadu. Dia mempertaruhkan suku dari harta dia. Alaaa macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk tu. Dia memilih nombor dua. Dengan yakin akan kemenangan yang akan dicapai dia menunggu petugas di situ membaling dadu. Petugas tersebut lantas membaling dadu. Dadu tersebut berputar di depan matanya lalu berhenti...
"Nombor empat..."
"Arggh... mustahil....." Sulaiman terkejut sambil mata terbeliak.
"Tipuuuu... mustahilll... kamu semua tipu. Tak mungkin aku kalah...!!!!!" , jerit Sulaiman sekuat hati memprotes.
"Encik boleh bertenang tak, kalau tidak saya panggil pengawal keselamatan", ugut petugas tersebut.
Sulaiman tidak putus asa dia ingin mencuba sekali lagi. Kali ini suku dari hartanya dipertaruhkan. Malang sungguh kali ini dia kalah lagi.
Daripada smart dan bergaya dia berubah seperti orang gila. Dua orang pengapitnya lari mana ntah. Semua mata tertumpu pada Sulaiman yang muka dah macam Hulk. Dia tak putus asa lagi, dia pertaruhkan semua harta yang tinggal. Inilah sifat Sulaiman yang dikagumi oleh bekas kekasihnya, sifat yang tidak mudah putus asa. Akan tetapi mereka berpisah kerana Sulaiman tidak hensem.
"Ini adalah pertaruhanku terakhir. Ahh biar putih tulang jangan putih mata.... aku pilih nombor tiga".
"Yaa nombor tiga...", jelas petugas wanita di meja itu.
"Aku menang.......aku menang..... lihatlah dunia ****%%%##@$*#@#...PUKKKK"
"Ceh... sempat lagi aku berangan...."
"Yaa nombor tiga......... eh maaf nombor dua" , jelas petugas wanita di meja itu.
"Aaakkku kkakalah...."
Apalagi Sulaiman, dia terus pergi mendapatkan toyol yang dia bela tu di keretanya.
"Hei kau..... apasal kau duduk saja ja... kau tahu aku rugi banyak mana", bentak Sulaiman.
"Sorry bos......." . "Sorry sorry" , sampuk Sulaiman.
"Bos apasal bos tak bagi tahu yang kita nak datang kat Genting Highland", toyol tersebut cuba bersuara.
"Kenapa... sebelum ni aku tak bagi tahu kau pun kat mana kita nak main, tapi kau boleh buat kerja gak", marah Sulaiman lagi.
"Bukan macam tu bos... bos kan tahu aku ni toyol... mana pakai baju, dekat luar tu sejuk bos aku tak tahan. Sebab tu aku tak pergi..... sorry aakkk", jelas si toyol.

Monday, April 16, 2007

Cuba... Cuba...

"Cubala dulu..... kalau tak cuba macam mana nak tau.... " macam tulaa kata mak waktu aku mula-mula nak bawa basikal kecil-kecil dulu.

Bukan saja setakat nak bawa basikal saja, boleh dikatakan apa-apa saja yang aku baru mula nak buat mesti dia kata begitu. Memangla.. takut juga aku nak buat benda yang aku tak pernah buat. Tapi sedar tak sedar sekarang ni bukan setakat basikal... motor kereta pun dan pernah bawa.

Itulah yang aku fikirkan bukannya aku tak boleh buat cuma sesuatu perkara yang aku tak pernah buat menyebabkan aku takut nak buat... Bila aku imbaskan kembali rupa-rupanya dulu ada orang yang memberi aku semangat, dorongan dan kepercayaan pada diri aku sendiri untuk aku melakukan perkara yang aku tak pernah buat.

Fuuhhh... sekarang aku tahu semua benda yang masuk akal tak mustahil aku boleh buat, dengan pupukan semangat, dorongan dan kepercayaan yang diberikan pada aku insya'Allah aku akan mula mencuba. Kalau semangat ada tapi tak berani mencuba hhmmmmmmm... payah sikitlaaa dan kalau mencuba jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Semoga Dia membuka segala jalan kepada kita....