Sunday, September 30, 2007

Tidur dan kadang-kadang Tertidur.........

Awal bulan september bebaru ni aku dapat tahu Maahad aku di Syria akan start mengaji. Bermakna aku akan mula pengajian aku dalam bulan ramadhan. Bagi aku bulan ramadhan kali ini lebih mencabar dari ramadhan yang lepas2 semasa aku di syria.
Sudah tiga kali aku berpuasa di syria dalam musim sejuk cuma.... ini kali pertama aku berpuasa dalam musim yang siangnya panas dan waktu malamnya sejuk skit... Kalau dulu waktu musim sejuk, aku sahur pukul 5 pagi dan aku berbuka lebih kurang 4.30 @ 5 petang(waktu tu dah masuk maghrib). Tapi kali ni aku berpuasa standard Malaysia sahur pukul 4.30 pagi berbuka 7.15 lebih kurang... (skarang nih awal skit). Jadi letih tu brtambah skit.
Aku baru lepas menghabiskan percutian aku selama 3 bulan pastu aku sambung semula pengajian aku setelah lama bercuti. Cuma aku nak biasakan diri aku dengan pengajian formal aku yang tetiap hari wajib hadir menjadikan badan aku nih berat sikit bercampur malas. Setiap hari aku pergi kelas aku tak boleh nak tumpukan sepenuhnya pada pengajian aku. Mula2 aku tumpu ...tumpu...dan tumpu. Lepas tu mata aku diselaputi oleh satu selaput yang hitam menyebabkan aku tak nampak apa apa. Selepas itu aku rasa macam ada benda yang mengkarate leher aku secara lembut. Lalu aku pengsan.... dengan mimpi yang sekejap seronok sekejap tak brapa best. Kadang kadang aku terkejut menyebabkan satu kelas tertumpu pada aku. Baru aku tahu aku tetidur...
Dalam minggu ni saja sudah brapa kali aku kena tegur pasal tidur dengan pensyarah aku. Masalahnya aku tengah tumpu waktu dia mengajar ntah bila aku pun tak sedar waktu bila aku tertidur... Kadang-kadang pelajar lain sedang baca kitab depan pensyarah bila nampak aku tengah tidur saja terus dia petik aku suruh baca.... gelabah biawak laaa aku cari muka surat.
Yang aku respeknya mereka ni tak marah, mungkin sudah besar kot... aku hanya kena perli skit2 jaaaa sambil kena gelak ngan bebudak lain. Tak paaaa ni hari hang paaaaa ....
***
Insya Allah malam ni aku nak pegi rumah member aku katanya ada orang baru sampai. Nampak gaya lepas subuh esoklaaa aku balik rumah. Nak sembang2 lagi... hahahahha
Patutlaaa dalam kelas asyik tertidur. Tapi Insya Allah lepas raya nanti aku nak belajar sungguh2. tahun depan nak balik dah...
kawan-kawan doakan aku......

11 comments:

akirasuri said...

oh!
lama sudah tak ke sini.
Sehat?
saya doakan kamu dipermudahkan urusan di sana.

jaga diri baek-baek :)

tintaHati said...

Kalo nak balik Msia cepat jgn2 tido2 dlm kelas....huhu...

Kena start rajin belajar dari saat ini....jgn tggu esk ari kerana esk belum tentu ada... ;)

salam dari malaysia buat semua di sana... ;)

psst: tgkatkan amalan di penghujung ramadhan!

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat belajar bersungguh-sungguh kurma

Selamat berpuasa dan Hari Raya!

Masy said...

blajo2

Kurma2Biji said...

akirasuri :
Sihat Alhamdulillah
sama2 dipermudahkan urusan..

Tintahati :
tima kasih tinta hati...

blackpepel :
selamat hari raya maaf banyak2.

masy :
tengah belajo laaaa ni masy cuma dok tunggu bila nak cuti raya ; )

13may said...

selamat hari raya..
maaf zahir batin :)

Mak Su said...

dahsat sungguh kamu ni masuk kelas... siap tumpu tumpu zast kena karate. hihihi, salam kenal, salam raya

bang_gugar said...

salam,

selamat hari raya korma
maaf zahir dan batin

hehehe
(",)

Kurma2Biji said...

13may :
selamat2
sama2 maaf.....hhehhehe

mak su :
selamat berkenal...
kena karate ngan hantu...

banggugar ;
selamat bang....
jangan mai umah aku noooo

tintaHati said...

kurma bangunnnnn!!!

Dah lama sangat dah tidur tu...Sila bangun dan update! ;)

~qudwah_mardihah~ said...

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288))


~jangan tido banyak~heheheh selamat menjalani ibadah , kejayaan diri..

jazakallah