Monday, April 16, 2007

Cuba... Cuba...

"Cubala dulu..... kalau tak cuba macam mana nak tau.... " macam tulaa kata mak waktu aku mula-mula nak bawa basikal kecil-kecil dulu.

Bukan saja setakat nak bawa basikal saja, boleh dikatakan apa-apa saja yang aku baru mula nak buat mesti dia kata begitu. Memangla.. takut juga aku nak buat benda yang aku tak pernah buat. Tapi sedar tak sedar sekarang ni bukan setakat basikal... motor kereta pun dan pernah bawa.

Itulah yang aku fikirkan bukannya aku tak boleh buat cuma sesuatu perkara yang aku tak pernah buat menyebabkan aku takut nak buat... Bila aku imbaskan kembali rupa-rupanya dulu ada orang yang memberi aku semangat, dorongan dan kepercayaan pada diri aku sendiri untuk aku melakukan perkara yang aku tak pernah buat.

Fuuhhh... sekarang aku tahu semua benda yang masuk akal tak mustahil aku boleh buat, dengan pupukan semangat, dorongan dan kepercayaan yang diberikan pada aku insya'Allah aku akan mula mencuba. Kalau semangat ada tapi tak berani mencuba hhmmmmmmm... payah sikitlaaa dan kalau mencuba jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Semoga Dia membuka segala jalan kepada kita....

5 comments:

banggugar said...

salam,
jgn lpa utk berdoa sebelum mencuba..
(",)

tintaHati said...

Jangan takut mencuba tapi jangan mencuba untuk takut! Hehehe...

hakim dirani said...

Kalau takut nak mencuba, senang cerita tak payah buat apa, baik lena ja.

Minta tunjuk ajar.
Selamat datang ke dunia blog.
Salam ziarah dan ukhwah.

BaYu SenJa said...

nak kena cari pendorong ka? mintak tolong hakim la.... hehe

tertarik dengan ungkapan tinta :)

Kurma2Biji said...

[bang]
Cuba-cuba ingat doa...

[Tintahati]
Tapi kena juga mencuba untuk takut bila belakon filem seram...

[hakim]
Cuba lena pun ok gak...
Ahlan wa sahlan

[bayusenja]
hakim bukan pendorong tapi kereta sorong...hehhehe